PIAGAM PELANGGAN
SMK BUKIT PAYONG
SMK BUKIT PAYONG
KAMI warga SMK BUKIT PAYONG berjanji akan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan penuh sopan, adil dan saksama kepada pelanggan-pelanggan kami sebagaimana berikut:
• Bersedia memberi maklumat dengan cepat dan tepat.
• Menyediakan kemudahan dan bahan sokongan pengajaran pembelajaran yang cukup, sesuai dan terkini.
• Berusaha memastikan tenaga guru dan kakitangan sokongan berkhidmat dengan berkesan dan mengutamakan kualiti.
• Memastikan semua pelajar mendapat peluang belajar pada setiap waktu pembelajaran.
• Berusaha meningkatkan semangat kekitaan dan melibatkan masyarakat dalam pendidikan sepanjang masa.
• Meningkatkan tahap disiplin, keselamatan, kebersihan, keceriaan dan kesihatan di sekolah.
• Meningkatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan maksimun dalam setiap program serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta motivasi bagi meningkatkan prestasi pelajar.
• Memahami pelajar-pelajar mempunyai rekod yang baik dan berkualiti dalam semua aspek.
• Melahirkan insan yang beriman, perkasa akal budi dan dapat memberi sumbangan yang gemilang kepada agama, bangsa, negara serta alam sejagat.