SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG
Mula dibina pada tahun 1975. Terletak di kampung Bukit Payong, Jertih, Besut, Terengganu. Jarak sekolah ke Bandar Jerteh ialah 20 km.
Pada awal pembukaannya, 1 January 1977 sekolah ini mempunyai 2 buah bangunan yang terdiri daripada lapan kelas, dua makmal, satu perpustakaan, satu bilik masakan dan sebuah bilik jahitan. Disamping 2 buah bangunan tersebut, ada sebuah kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan bagi menampung seramai 143 orang pelajar dan 8 orang guru.
Pada tahun 1978, bilangan pelajar bertambah seramai 264 orang dan guru seramai 10 orang. Bagi menampung keperluan jumlah pelajar yang semakin bertambah, beberapa bangunan baru dibina iaitu blok B dan blok E dan mula digunakan pada 1986.
Pada bulan Mei 1991, sebuah lagi bangunan 3 tingkat dibina yang mempunyai 11 bilik darjah dan 2 bilik guru. Pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat sebuah dewan terbuka dengan kerjasama pihak PIBG.
Ditahun 2005, kini bangunan SMKBP telah bertambah dengan terbinanya 3 Blok baru dan sebuah dewan iaitu Dewan Mercu pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun 2003. Diikuti dengan pembinaan makmal komputer untuk kemudahan pelajar. Dengan bertambah
Prasarana ini, maka jumlah pelajarnya turut bertambah kepada lebih 1200 pelajar dan jumlah tenaga pegajarnya seramai 83 orang.
Warga SMKBP kini juga sudah boleh berbangga dengan persekitaran sekolah yang mendamaikan yang bersesuaian dengan misi SMKBP.
SENARAI PENGETUA
1. Encik Ariffin Bin Ahmad - 01.01.1977 Hingga 31.12.1979
2. Encik Abdullah Bin Mohammad - 01.01.1980 Hingga 31.12. 1981
3. Encik Atan Awang Bin Abdullah - 01.05.1982 Hingga 16.02.1988
4. Haji Mamat @ Ismail Bin Abdullah - 16.02.1988 Hingga 16.10.1992
5. Encik Abdul Aziz Bin Satar Khan - 16.10.1992 Hingga 16.11.1995
6. Haji Nik Mat Salleh Bin Zakaria - 16.11.1995 Hingga 31.11.1998
7. Puan Hajjah Halijah Binti Mahmood - 01.02.1998 Hingga 26.01.2004
8. Puan Hajjah Siti Rukiah @
Wan Zahrah Binti Wan Wan Harun - 16.12.2003 Hingga 18.10.2006

HJh. Ruhani Binti Salleh
• 01.01.1982 Hingga 31.03.1982 -Dipangku oleh Encik Mohamad Abd. Hamid
• 01.04.1982 Hingga 30.04.1982 –Tiada Pengetua / Pemangku